adakah tudung labuhku menunjukkan aku sudah muslimah?
adakah baju labuhku sudah menunjukkan aku seorang muslimah?
ya jika dilihat segalanya aku tutup,
aku lindungi auratku dari mata ajnabi..
namun adakah aku sudah menjadi seorang muslimah..
aku juga manusia..
aku inginkan perhatian..
aku juga inginkan teman..
salahkah kami saling tegur-menegur..
salahkah kami saling memberi nasihat..
salahkah kami saling berkasih untuk lagi mendekatkan diri padaNya..
kami tidak bercouple..tapi...
benar,
kadang-kala aku tipu orang sekeliling aku,
menundukkan pandangan kononnya untuk mengelakkan zina pandangan,
namun,
hakikatnya aku juga manusia,
yang kadang-kala tertewas dengan setiap dugaan,
akhirnya membawa kepada dekahan syaitan..
namun,
semakin aku tertewas,
semakin aku biarkan diri ini kearah kemungkaran,
semakin aku cuba membenarkan kemaksiatan,
semakin jauhlah aku kearah kebaikan,
semakin jauhlah aku kearah ketenangan,
kerana aku sudah jauh kepada Tuhan..
muslimahkah aku..
No comments:
Post a Comment