ahlan wa sahlan sahabat

''demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang yg berpesan-pesan dengan kebenaran,dan berpesan pesan dengan kesabaran''

Saturday, 8 August 2015

dimana ketenangan..

hari ini membuatkan aku tersedar..
dulu aku mempunyai ketenangan..
setiap ujian aku lalui dengan sabar..
segala kesakitan aku hiasi dengan senyuman..
mengapa??
kerana aku ingin menjadi wanita yang tabah..
aku ingin menjadi muslimah yang kental..

solatku utamakan..
pagi petangku dihiasi dengan mathurat..
malamku sebelum mata terlena aku akan membaca alkahfi..
malah almulk menjadi peneman aku..
biar diri ini penat..
biar diri ini lelah..
asal matlamat aku menjadi muslimah kekasih Allah..

namun..
itu dulu..
sebelum cuti sem..
hari ini baru aku tersedar..
baru aku terjaga..
setelah ujian melanda..
aku cuba mencari ketenangan..
dimanakah ia..

Allah..
alhamdulilah kerana sedarkan aku hambamu..
maafkan aku ya Allah..
kerana terleka dengan dunia..



Wednesday, 5 August 2015

aku muslimahkah..

adakah tudung labuhku menunjukkan aku sudah muslimah?
adakah baju labuhku sudah menunjukkan aku seorang muslimah?
ya jika dilihat segalanya aku tutup,
aku lindungi auratku dari mata ajnabi..
namun adakah aku sudah menjadi seorang muslimah..

aku juga manusia..
aku inginkan perhatian..
aku juga inginkan teman..
salahkah kami saling tegur-menegur..
salahkah kami saling memberi nasihat..
salahkah kami saling berkasih untuk lagi mendekatkan diri padaNya..
kami tidak bercouple..tapi...

benar,
kadang-kala aku tipu orang sekeliling aku,
menundukkan pandangan kononnya untuk mengelakkan zina pandangan,
namun,
hakikatnya aku juga manusia,
yang kadang-kala tertewas dengan setiap dugaan,
akhirnya membawa kepada dekahan syaitan..

namun,
semakin aku tertewas,
semakin aku biarkan diri ini kearah kemungkaran,
semakin aku cuba membenarkan kemaksiatan,
semakin jauhlah aku kearah kebaikan,
semakin jauhlah aku kearah ketenangan,
kerana aku sudah jauh kepada Tuhan..

muslimahkah aku..